Najib Beri Cadangan SHAKAM Pingat Emas Ditambah Kepada RM10,000

Najib Beri Cadangan SHAKAM Pingat Emas Ditambah Kepada RM10,000

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penambahan bayaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) daripada RM10,000 kepada RM20,000 bagi emas pertama yang dimenangi atlit negara dalam Sukan SEA akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian SHAKAM kepada 91 pemenang pingat emas Sukan SEA ke-26, Indonesia 2011 bulan lalu. Bagi pingat emas seterusnya, bayaran RM10,000 akan diberikan kepada atlit terbabit, berbanding RM5 ribu ketika ini.

Ini merupakan berita baik buat semua atlit kebangsaan (Pasukan Malaysia) yang menyertai Sukan SEA pada masa akan datang,kerana sumbangan ini dijadikan sebagai penghargaan kepada wira negara yang bersusah-payah untuk mendapatkan pingat emas.