Nicol David Tokoh Sukan Paling Berjaya

Nicol David Tokoh Sukan Paling Berjaya

Datuk Nicol Ann David layak dijulang sebagai tokoh sukan paling berjaya di Malaysia.

Ini kerana beliau mampu mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia sebanyak enam kali berturut-turut.

Kejayaan yang dicapai Nicol itu adalah satu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh sesiapa dalam sejarah negara.

Begitu yang dinyatakan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak.

Diharapkan kejayaan Nicol itu, akan menjadi pendorong serta penguat semangat kepada atlet sukan bukan saja dalam arena skuasy tetapi juga sukan lain.

Nicol juga patut dijadikan contoh ikutan, beliau adalah ikon sukan yang paling berjaya dalam sejarah sukan negara.