Nombor Pendaftaran Kenderaan ‘WWW’  Boleh Ditempah Mulai 30 April

Nombor Pendaftaran Kenderaan ‘WWW’ Boleh Ditempah Mulai 30 April

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan “WWW” yang bermaksud “World Wide Web” boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April 2012 .

Datuk Seri Kong Cho Ha selaku Menteri Pengangkutan berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei 2012.pihaknya telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran “WWW”. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud “World Wide Web” dan unik.


Untuk pengetahuan umum,terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.

Sudah pasti tempahan terhadap nombor pendaftaran “WWW” bukan sahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, malah akan mencatatkan harga tempahan yang paling tinggi dalam sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.

Secara puratanya jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meperoleh pendapatan RM1.7juta setiap tahun daripada tempahan nombor kenderaan. Pada tahun lepas lebih RM1.8juta diperolehi daripada tempahan nombor kenderaan berbanding hampir RM1.6 juta dalam tahun sebelumnya” jelas beliau. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai yang ingin membuat tempahan nombor agar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.

Borang tempahan nombor pendaftaran ‘WWW’ boleh dimuat turun dari portal JPJ di www.jpj.gov.my.

Sumber : MStar online dan Bernama.