Novel Bakal Terbit Dari Alaf 21Januari 2011

Novel Bakal Terbit Dari Alaf 21Januari 2011

Berita baik bagi penggemar novel-novel dari syarikat penerbit Alaf 21.Poster novel-novel Januari 2012 telah pun dikeluarkan oleh pihak Alaf 21.

Tiga orang penulis, Lynn Dayana (Cinta Perisa Dia), Elin Nadia (Memang Itu Cinta) dan Weeda Airiza (Sayang 3 Dalam 1) menghidangkan kisah komedi romantik yang mencuit hati. Haiza Najwa (Jangan Ganggu Lenaku) pula dengan cinta seorang isteri yang menyentuh rasa. Novel Jihad Mardina oleh Fida Rohani meruntun perasaan tentang perjuangan seorang gadis terhadap Penciptanya. Seorang lagi penulis mampan, Iskandar Dzul Karnain H.M dengan karya Nostalgia Padang membawa anda sebuah karya hebat yang telah memenangi tiga anugerah.

Novel-novel tersebut boleh beli secara online atau melanggannya sekarang di Karangkraf Mall. Bagi anda yang membeli di kedai-kedai buku, semua novel ini akan berada di pasaran pada bulan Januari.

Sumber : Facebook Alaf21