One Buck Short – Kampong Glam

One Buck Short – Kampong Glam

OBS - Kampong Glam

One Buck Short sememangnya terkenal dengan lagu di dalam bahasa inggeris. Kali ini mereka telah mengeluarkan album 100% bahasa melayu. 100% lagu dalam bahasa melayu. Sangat menarik kan?

Pada 12 Jan 12, Khamis di The Bee, Publika Solaris Dutamas telah diadakan sidang media untuk album One Buck Short – Kampong Glam.

One Buck Short telah berada di dalam industri selama 8 tahun dan kumpulan ini masih terus berada di dalam industri. One Buck Short yang dianggotai oleh Mooky atau nama sebenar beliau adalah Mudzir Abdul Latif, 29 tahun sebagai vokalis utama. Untuk gitaris bahagian kiri adalah Rahul Kukreja, 28 tahun dan gitaris kanan adalah Imran Fadzil Ishak, 27 tahun yang lebih dikenali sebagai Imran sahaja.

Diantara lagu yang dimuatkan di dalam album ini adalah Sekelip Mata, Hilang Segala Rasa, Ditiup Kata Rindu, Semangat, Pok Pok Bujang Lapok dan Carilah Duit.

Album Kampong Glam dijual dipasaran dengan harga RM 21.90. Diterbitkan oleh Magic Milk Production dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia Sdn Bhd. Dapatkan Album One Buck Short SEKARANG!

Ikuti sesi soal jawab di www.rabiatuladawiyah.com