Osbon Juara Maharaja Lawak Mega

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega

Nasib menyebelahi Osbon apabila berjaya menjadi juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 350 000.00 dan trofi selepas mengetepikan tiga kumpulan lain pada final Maharaja Lawak Mega terbitan Astro malam semalam.

Untuk pengetahuan semua,Osbon dianggotai oleh Mr Os dan Sharizah Ahmad (Abon).Final Maharaja Lawak Mega menyaksikan Osbon ditempat pertama (juara) Boboi selaku naib juara manakala Saehu dari indonesia di tempat ketiga dan Syok menduduki tangga keempat.

Tahniah sekali lagi buat Osbon yang menjadi juara di Final Maharaja Lawak Mega.