PAS Lancar Buku “Hudud – Apa Yang Nak Ditakutkan”

PAS Lancar Buku “Hudud – Apa Yang Nak Ditakutkan”

Parti politik, Pas mengambil langkah inisiatif dalam memberi penerangan mengenai hudud kepada masyarakat.

Mereka telah menerbitkan sebuah buku dalam dwi bahasa iaitu Mandarin dan Bahasa Melayu untuk memberi memberi penjelasan tentang hukum tersebut.

Buku ini merupakan terbitan Lajnah Pekerja dan Professional Muda, Dewan Pemuda Pas itu telah dicetak sebanyak 3,000 naskah untuk edaran.

Buku ‘Hudud – apa yang nak ditakutkan’ ini memberi penjelasan ringkas dan mudah untuk difahami.

Untuk keluaran pertama,

Ianya diterbitkan dalam bahasa Mandarin kerana sasaran pihak ‘pembangkang hudud’ ini adalah pada kaum Cina.

Ketua Penerangan PKR, Elizabeth Wong berkata, usaha Pas merupakan satu langkah baik untuk memberi pemahaman kepada kaum Cina.