Pelakon Latif Ibrahim Dimasukkan Ke Institut Jantung Negara

Pelakon Latif Ibrahim Dimasukkan Ke Institut Jantung Negara

Untuk pengetahuan anda,

Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim, telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan jantung.

Datuk Khatijah Ibrahim iaitu adik beliau berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Buat masa ini beliau berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan.

Ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sam dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung.

Buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN.