Pelan Induk Pelancongan Langkawi

Pelan Induk Pelancongan Langkawi

Pelan Induk Pelancongan Langkawi (BPL) akan dilaksanakan dalam tempoh 2011 hingga 2015.

Ianya bagi mencapai aspirasi untuk menjadikan Langkawi sebagai Global Top 10 Island dan Eco-Adventure Destination menjelang 2015.

Melalui pelaksanaan Pelan Induk Pelancongan Langkawi (BPL),

Pendapatan pelancongan Langkawi dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM3.8 bilion dan menjana 4,200 peluang pekerjaan baru menjelang 2015.

Hasrat itu didokong oleh peruntukan kerajaan berjumlah RM420 juta seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 dan juga pelaburan oleh swasta.

Bagi mencapai hasrat itu, BPL menggariskan 14 inisiatif utama yang dijangka merancakkan semula industri pelancongan di Langkawi .