Pemandu Teksi VS Uber dan GrabCar

pemandu-teksi-Uber-GrabCar-SPAD
Pemandu Teksi di Malaysia tegugat dengan kehadiran perkhidmatan Uber dan GrabCar sekaligus menganggu periuk nasi mereka selama ini.

Mereka mendesak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengambil tindakan terhadap Uber dan GrabCar.

Bagi anda,

Adakah Uber atau GradCar memberi kesan negatif dan adakah kehadiran mereka mampu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia?

Pengguna Pilih Uber, GrabCar Kerena Lebih Selesa

Sebanyak 76.4 peratus atau 6,791 daripada 9,026 pengguna teksi di negara ini mengakui lebih selesa menggunakan Uber dan GrabCar sebagai pengangkutan awam menggantikan teksi awam yang disifatkan memberi perkhidmatan yang kurang memuaskan.

Kaji Selidik Maklumbalas: Perkhidmatan Teksi di Malaysia yang dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui website spad.gov.my turut mendapati, 7,728 atau 86.6 peratus pengguna teksi memberi alasan teksi awam mengenakan tambang lebih atau tidak menggunakan meter.

Masalah lain yang dinyatakan 9,026 responden terhadap teksi awam ialah berkaitan :-

  • kelakuan pemandu (6,016),
  • kebersihan (3,832),
  • keselesaan (3,563),
  • ketersediaan teksi (3,128),
  • pengetahuan berkaitan laluan (2,126),
  • keupayaan pemanduan (1,962),
  • penampilan pemandu (1,774),
  • ketepatan masa (1,635)
  • bantuan yang diberikan oleh pemandu (1,068)
  • dan lain-lain masalah (222).

Alasan mengapa mereka gemar menggunakan Uber atau GabCar pula ialah kerana perkhidmatan itu dikatakan boleh dipercayai (5,459), mudah diakses (5,290), murah (5,059),selesa (4,218) dan 3,944 responden merasakan ia selamat digunakan sebagai pengangkutan awam.

Kita sendiri boleh nampak, bahawa industri teksi di negara ini telah sekian lama dilanda masalah; daripada aspek mutu perkhidmatan sehinggalah kepada aspek sistem pajakan teksi syarikat yang digunapakai sekarang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang ditubuhkan pada 2010 bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam negara pula dilihat gagal menangani isu ini secara berkesan.

Uber, GrabCar – Pemandu Teksi Haram

Isu membabitkan “pemandu teksi haram” yang menggunakan sistem aplikasi Uber dan Grabcar yang beroperasi terutamanya di Kuala Lumpur telah benar-benar menjejaskan pendapatan pemandu-pemandu teksi “sah” yang beroperasi di Lembah Klang sehinggakan pemandu-pemandu teksi ini mengadakan perhimpunan di Padang Merbok dan menyerahkan memorandum bantahan di Parlimen.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu agar masalah yang melanda industri teksi ini diselesaikan secara menyeluruh tidak terhad hanya kepada isu perkhidmatan Uber dan Grabcar sahaja bagi mengembalikan mutu industri teksi di negara ini ke tahap yang lebih baik daripada sekarang.

DPPM turut mendesak agar SPAD bersikap adil, tidak menyalahkan mana-mana pihak serta berusaha memulihkan serta memajukan semula industri teksi ini supaya lebih berdaya saing dan semua pihak mendapat manfaat daripadanya.

Justeru, DPPM menyarankan kepada SPAD dan kerajaan:

  • Memberikan permit teksi kepada individu dan memansuhkan secara berperingkat pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat.
  • Memastikan syarikat-syarikat teksi tidak sewenang-wenangnya mengenakan pajakan atau sewa beli yang tinggi kepada pemandu teksi.
  • Memastikan hak pemandu teksi seperti caruman perkeso, insurans kesihatan, cuti sakit dan lain-lain terbela.
  • Mewujudkan suatu mekanisme penilaian syarikat-syarikat teksi seperti sistem mata atau KPI supaya industri teksi dapat mencapai sasaran pengguna dan Kerajaan serta mewujudkan persaingan yang sihat.
  • Mewujudkan suatu ‘Standard Operating Procedure’ kepada semua syarikat dan pemandu teksi serta memastikan syarikat-syarikat serta pemandu teksi memenuhi dan mematuhi standard atau piawaian tersebut.

DPPM berharap agar Kerajaan melalui SPAD dapat menyelesaikan isu ini sesegera yang mungkin.

DPPM juga ingin menyatakan sokongan terhadap tuntutan yang dibuat oleh pemandu-pemandu teksi agar Uber dan Grabcar diharamkan bagi melindungi pemandu-pemandu teksi

.: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM.

Pemandu Teksi Mungkin Akan Tukar Kerjaya

Kewujudan kereta sapu seperti GrabCar dan Uber yang tidak memerlukan permit selain tidak mengikut piawaian pengangkutan awam.

Ian bukan sahaja menjejaskan pendapatan mereka tapi turut menggalakkan wujudnya pengendali kereta sapu tanpa kawalan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Zailani Isausuludin menggesa pihak berkuasa agar bersikap proaktif dalam mengendalikan isu lambakan perkhidmatan kereta sapu yang jelas tidak mengikut piawaian pengangkutan awam.

Jika tiada tindakan diambil, beliau percaya ramai pemandu teksi yang sah akan bertukar kerjaya dengan menjadi pemandu kereta sapu kerana tidak perlu menanggung kos yang tinggi seperti membayar permit dan menyewa kenderaan khas untuk membawa teksi.

Setiap tahun pemandu teksi terpaksa memanggung beban kewangan lebih RM30,000 termasuk membaharui lesen memandu, menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan, sewa teksi, memperbaharui permit dan penyelenggaraan kenderaan.

Beliau berkata pemandu teksi juga perlu memastikan pemeriksaan kenderaan mereka dilakukan dua kali setahun di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk mengesahkan kenderaan dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Selain itu, mereka juga perlu membayar deposit kereta lebih RM6,000, selain bayaran sewa antara RM57 hingga RM65 setiap hari.

Sekiranya pemandu teksi tidak dapat bekerja kerana sakit, bayaran sewa masih perlu dilunaskan malah jika tiada bayaran dalam tempoh 14 hari, teksi akan ditarik syarikat dan duit deposit dianggap hangus.

Comments

comments

Admin Muka Depan