Peneraju Filem Pecah Dari Grand Brilliance

Peneraju Filem Pecah Dari Grand Brilliance

Grand Brilliance Sdn Bhd yang bernaung di bawah jenama Primeworks Studios mengatur strategi menghasilkan produk terbaru yang diadaptasi daripada novel popular dalam masa yang sama mementingkan aspek kualiti.

Produksi ini bakal muncul dengan filem Pecah,

Filem yang adaptasi dari karya Nizam Bakeri yang menampilkan genre ‘thriller’. Penggambaran telah bermula pada 22 Disember 2011 di sekitar Lembah Klang.

Gambar peneraju utama Filem Pecah, Tony Eusoff, Izreen Azminda & Soffi Jikan

Nizam Bakeri sendiri menyatakan bahawa dia bangga dengan hasrat Grand Brilliance untuk menerbitkan karyanya dalam versi filem.

Proses ini mengambil masa selama sebulan merujuk pada pembikinan skrip sebanyak empat draf. Olahan skrip pula dibuat dua penulis lain.

Sub plot dalam cerita ini banyak membawa elemen dendam dan isu kemasyarakatan.

Secara asas, plot utama mengisahkan bagaimana suami iaitu Herman, lakonan Tony Eusoff membalas dendam terhadap lelaki yang menjalinkan hubungan dengan isterinya yang dilakonkan Izreen Asminda.