Pengenalan Semula Wang Kertas RM20 Dari Bank Negara Malaysia

Pengenalan Semula Wang Kertas RM20 Dari Bank Negara Malaysia

Rasanya ramai telah tahu bahawa duit kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Pada 21 Disember 2011, duit kertas RM20 diperkenalkan semula bersama duit kertas baru yang lain adalah RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.

Info Wang Kertas & Syiling Terbaru Dari Bank Negara Malaysia.


Kredit Gambar : BERNAMA

Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50.

Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran.

Wang berwarna kuning keemasan ini memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.

Untuk makluman semua,

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.