Perdana Menteri Lancarkan Buku Menjuarai Transformasi

Perdana Menteri Lancarkan Buku Menjuarai Transformasi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah melancarkan buku “Menjuarai Transformasi” terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

ITNM ada menyatakan bahawa buku dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris ini mengandungi 11 bab.

Ianya menyentuh proses melestarikan kelangsungan kepimpinan UMNO di persada politik kebangsaan.

Sipnosis

Buku ini diterbitkan dalam bentuk dwibahasa dengan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris serta mengandungi 11 bab yang memperincikan buah fikiran Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam mentransformasikan pentadbiran Kerajaan untuk membina negara bangsa demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia.

Antara lain, buku ini menyentuh tentang kelangsungan kepimpinan politik UMNO serta mengajak pembaca tanpa mengira latar belakang politik dan keturunan untuk berani melaksanakan perubahan serta transformasi yang bersesuaian dengan keperluan semasa demi mengukuhkan kekuatan negara dan bangsa, terutamanya bangsa Melayu.

Buku ini juga merupakan buku pertama yang dihasilkan dengan menggunakan proses ekocetak (eco-printing) yang mengamalkan proses percetakan berasaskan mesra alam dengan menggunakan bahan semula jadi dan mendapat pengiktirafan SIRIM QAS International Eco-Labelling Scheme.

Kredit :- itnm.com.my

Buku setebal 158 halaman ini dijual dengan harga RM32 senaskhah di Semenanjung dan RM37 di Sabah dan Sarawak. Ia boleh didapati di rangkaian kedai buku utama di seluruh negara.

Untuk makluman anda,

Diskaun sebanyak 30 peratus diberikan kepada pembeli yang mengunjungi gerai ITNM di Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO sehingga Sabtu ini.