Perkhidmatan Bas Ke Legoland Bermula 15 September 2012

Perkhidmatan Bas Ke Legoland Bermula 15 September 2012


Legoland Malaysia di Iskandar Malaysia tidak lama lagi boleh diakses melalui perkhidmatan bas langsung mulai 15 September bersempena pembukaan rasmi taman itu pada hari yang sama.

Perkhidmatan bas harian akan beroperasi dari cawangan Johor Bharu, Larkin, Gelang Patah Sentral dan Johor Premium oleh Konsortium Transnasional Bhd.

Setiap perjalanan dikenakan bayaran RM12.