Perkhidmatan Percuma Di www.myemail.my

Perkhidmatan Percuma Di www.myemail.my

Seperti yang diketahui,Tricubes Bhd merupakan penyelenggara akaun e-mel 1Malaysia mengumumkan (21 Februari 2012) pengenalan dua perkhidmatan elektronik permulaan di www.myemail.my. Ianya berasaskan kepada peringatan lesen memandu dan cukai jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk para pengguna myemail.


Khairun Mokhtar merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata, menerusi e-Perkhidmatan JPJ baharu ini, para pengguna myemail akan menerima peringatan dua minggu sebelum lesen memandu atau cukai jalan mereka tamat.

Peringatan akan dihantar menerusi e-mel terus ke peti amsuk atau inbox myemail pengguna serta menerusi telefon pintar masing-masing untuk lebih keselesaan.Untuk pengetahuan semua,peringatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari myemail adalah menggunakan versi digital, sama seperti yang dihantar oleh jabatan menerusi mel fizikal dan ia percuma.