Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Sebanyak 12 negara dijangka menyertai edisi keempat Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012.

Antara negara terbabit ialah Perancis, Amerika Syarikat, Poland dan Belanda.

Orang ramai berpeluang menyaksikan 25 belon udara panas memenuhi ruang angkasa Putrajaya sepanjang pesta berlangsung.

Sementara itu,

Ketua Pegawai Eksekutif penganjur, AKA Ballons Sdn Bhd, Khairudin Abdul Rani, berkata terdapat beberapa aktiviti baru tahun ini seperti sukan ragbi sentuh, pesta basikal, aktiviti sukan air dan zon sukan lasak.

Pesta kali ini bertemakan 1World, 1Malaysia, 1Fiesta. Ianya diadakan selama empat hari bermula 15 Mac sehingga 18 Mac bertempat di Monumen Alaf Baru, Putrajaya.