PM Melancarkan Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

PM Melancarkan Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Program BL1M

Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) khusus untuk membantu memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal dengan kadar lebih murah.

Dengan bantuan berkenaan, semua golongan belia boleh memiliki lesen motosikal pada kadar harga terendah iaitu RM199 berbanding harga biasa yang lebih RM350.

Program BL1M adalah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mensasarkan untuk membantu 500,000 pemohon di kalangan orang muda memiliki lesen pemanduan yanag sah.

Selain harga lebih rendah, program itu turut menawarkan beberapa keistimewaan lain antaranya ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya (percuma) jika peserta gagal dan terpaksa mendudukinya semula.

BL1M terbuka kepada warganegara berusia 17 hingga 40 tahun dan yuran dikenakan meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Orang awam yang berminat boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif program itu melalui laman sesawang www.bl1m.my