Produk Qu Puteh Diharamkan

Brunei Haram Produk Qu Puteh
Pengasas produk kecantikan Qu Puteh dan Pamoga, Datuk Seri Dr Hasmiza Osman akur untuk menarik balik produknya, Whitening Pro 9 dari pasaran.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas larangan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak membenarkan lagi Whitening Pro 9 dijual di Malaysia.

Larangan terbabit dikeluarkan selepas produk berkenaan telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

The Times Brunei turut melaporkan bahawa, Kementerian Kesihatan Brunei mengharamkan penjualan produk kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan produk kosmetik Whitening UV Block Qu Puteh, dan produk ketiga yang dinamakan Chantique Beauty Slimming Herbal.

Brunei haram produk Qu Puteh

Kerajaan Brunei mengharamkan tiga produk Qu Puteh kerana didakwa mengandungi bahan-bahan berbahaya, lapor The Times Brunei.

Menurut laporan tersebut, Kementerian Kesihatan Brunei mengharamkan penjualan produk kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan produk kosmetik Whitening UV Block Qu Puteh, dan produk ketiga yang dinamakan Chantique Beauty Slimming Herbal.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa Seksyen Kawalan Kualiti Dadah Brunei di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi menjalankan ujian ke atas produk yang mengesahkan bahawa produk Qu Puteh mengandungi merkuri, manakala produk ketiga mengandungi spironolactone.

Mercury merupakan bahan dilarang dalam kosmetik mengikut Ubat Brunei (Produk Kosmetik) 2007.

Malaysia Arah Produk Qu Puteh Ditarik Balik

Produk edaran Vida Beauty Sdn Bhd, Qu Puteh Whitening Pro 9 disahkan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan larangan berkenaan selepas produk berkenaan telah diuji dan dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), KKM telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan.

**************

Para pengguna digalakkan untuk melapor kepada BPFK mengenai sebarang kesan sampingan atau kesan advers yang dialami apabila mengguna sesuatu produk kosmetik di talian 03-78018496/78835532 atau melalui emel kosmetik@bpfk.gov.my serta mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar yang segera.

Sumber : therakyatpost.com

Comments

comments

Admin Muka Depan