Rang Undang-Undang Umur Persaraan Swasta Kini Di Peringkat Akhir

Rang Undang-Undang Umur Persaraan Swasta Kini Di Peringkat Akhir

Proses penggubalan Rang Undang-undang Umur Persaraan Swasta bagi menaikkan had umur persaraan sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun, kini di peringkat akhir menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Datuk Seri Dr S Subramaniam juga berharap Rang undang-undang itu dapat dibentangkan pada sesi sidang Dewan Rakyat yang akan bermula bulan depan untuk mendapat kelulusan selepas beberapa perkara diperhalusi.


Gambar dari google

Dengan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Swasta, tiada lagi umur persaraan wajib ditetapkan bagi sektor swasta seperti di sektor awam.Di dalam Rang Undang-Undang Umur Persaraan Swasta juga, pekerja hanya akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun dan jika khidmatnya masih diperlukan, pekerja tersebut boleh menyambung perkhidmatan selama empat tahun lagi.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor sebvelum ini , menyambut baik usaha kerajaan untuk melanjutkan umur persaraan kakitangan sektor swasta berjumlah lebih enam juta orang.