Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Yang Di-Pertuan Agong ke-14

Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Yang Di-Pertuan Agong ke-14

Raptai bagi istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong berjalan lancar.

Ianya telah berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta petang tadi.

Persiapan bagi istiadat yang akan berlangsung pada Selasa ini, dirancang sejak tiga bulan lalu.

Lebih 700 tetamu kehormat akan hadir pada istiadat itu,

Antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar dan kerabat-kerabat Diraja.

Kad jemputan telah diedarkan sejak dua bulan yang lalu dan raptai terakhir akan diadakan pada Ahad ini.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14

Manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Ini merupakan kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. kali pertama pada 21 September 1970 bagi tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.