Rebat Telefon Pintar SKMM Disambung Semula 3 September 2013

Rebat Telefon Pintar SKMM Disambung Semula 3 September 2013

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia , Datuk Jailani Johari berkata pihak kerajaan akan menyambung semula pemberian Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 September 2013 ini.Menurut beliau juga , sebelum ini program itu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya dan akan agih semula baki pada 3 September ini.

Rebat RM200 Telefon Pintar SKMM

Kerajaan juga sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas.Anggaran seramai 1.5 juta belia berumur antara 21 dan 30 tahu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan berpeluang menikmati kemudahan itu.

Ini menjadikan berita baik kepada semua belia yang masih belum berkesempatan untuk menebus Rebat RM200 berkenaan. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman sesawang SKMM Pakej Komunikasi Belia di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/ pada 3 September nanti.