RM750,000 Pada Hari Pertama Tayangan Ombak Rindu

RM750,000 Pada Hari Pertama Tayangan Ombak Rindu

Filem terbaru lakonan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani & Bront Palarae iaitu Ombak Rindu.

Ia mencatatkan kutipan tiket luar biasa apabila mengumpul RM750,000 pada hari pertama tayangan.

Sehingga hari ini, filem arahan Osman Ali itu telah ditayangkan selama 4 hari di pawagam seluruh Malaysia.

Tidak mustahil sehingga hari ini kutipan telah pun mencecah lebih RM1 juta.

Lebih membanggakan apabila topik “Ombak Rindu” berada di dalam senarai “trending topic” Twitter di Malaysia selama 5 hari berturut-turut sekaligus membuktikan filem itu menjadi buah mulut pengguna media sosial tersebut.

Antara faktor yang mempopularkan filem tersebut termasuk populariti novel karya Fauziah Ashaari dan juga populariti pelakon handalan yang membintangi filem tersebut.

Pengaruh pelakon Aaron Aziz yang dilihat semakin melebar sejak membintangi drama Nora Elena dan filem K.L.Gangster turut menjadi salah satu faktor meletupnya filem tersebut.

Sumber : Gua.Com.My