Royal Belum Drum Festival Di Kuala Kangsar

Royal Belum Drum Festival Di Kuala Kangsar

Hari ketiga Festival Dram Dunia Royal Belum yang berlangsung di Kuala Kangsar semalam terus hangat dengan kehadiran lebih 1,500 pengunjung.

Orang ramai yang membanjiri Laman Budaya di sini seawal pukul 4.30 petang, teruja menyaksikan kehebatan lima kumpulan dram mempamerkan aksi selama dua jam itu.

Dimulakan dengan paluan dram pasukan pancaragam Kolej Melayu Kuala Kangsar, penonton yang kebanyakannya hadir bersama keluarga terus terhibur dengan persembahan bertenaga kumpulan Natiq Rhythm Group.

Meskipun telah beraksi pada hari pertama dan kedua jelajah iaitu di Taiping Sentral dan Dataran Lumut sebelum ini, pasukan dari Azerbaijan itu nyata tidak menghampakan.

Komitmen sama ditunjukkan kumpulan dram Saratuspersen yang dibarisi 14 belia dari Bandung, Indonesia.

Menggunakan variasi instrumen genderang tradisi dan moden, Saratuspersen berjaya menambat hati penonton.

Pengunjung yang terpaku dengan aksi anggota kumpulan itu turut bertepuk tangan mengiringi alunan rentak rancak yang dipersembahkan pada sesi kedua persembahan selama 10 minit.

Persembahan kemudian diteruskan dengan paluan dram dan tarian kumpulan kebudayaan tempatan masyarakat India di negara ini, Urumi Mellam

Kredit : Kosmo!

Esok sehingga Isnin, admin akan menyertai Media Tour sempena Royal Belum Drum Festival selama 3 hari 2 malam.