Safee Sali Penyerang Kedua Terbaik Rantau Asia

Safee Sali Penyerang Kedua Terbaik Rantau Asia

Berita baik buat semua penyokong bola sepak Malaysia,penyerang sensasi negara, Safee Sali telah mendapat tempat kedua di dalam undian orang ramai sebagai penyerang terbaik rantau Asia di laman web goal.com kelmarin.

Beliau yang tewas kepada pemain Thailand, Teerasil Dangda yang mendapat undian sebanyak 54.93% manakala Safee mendapat undian sebanyak 38.37%.

Antara penyerang rantau Asia lain yang dicalonkan adalah:-

  1. pemain paling berharga K-League, Lee Dong-Gook,
  2. pemenang kasut emas J-League, Joshua Kennedy,
  3. pemain Arsenal, Park Chu-Young,
  4. Mike Havenaar (Jepun),
  5. Firas Al Khatib (Syria),
  6. Younis Mahmoud (Iraq),
  7. Ismail Abdul-Latif (Bahrain)
  8. Bader Al Mutwa (Kuwait).

Undian tersebut bermula pada hari Ahad, 8 Januari lepas dan berakhir kelmarin.

Sumber : Sinar harian