Sambutan Menggalakkan Program Menu Rakyat 1Malaysia

Sambutan Menggalakkan Program Menu Rakyat 1Malaysia

Sehingga 16 Disember,

Sebanyak 1,155 buah premis menjual makanan menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia berbanding hanya 611 ketika baru dilancarkan.

Daripada jumlah itu,

Perak mendahului dengan 213 penyertaan, diikuti Selangor (142), Terengganu (134), Kedah (113) dan Pahang sebanyak 110 buah premis makanan.

Peningkatan memberangsangkan daripada segi jumlah penyertaan premis sejak program ini diperkenalkan pada 7 Julai lalu adalah disebabkan ia membantu strategi pemasaran semua peserta.

Ianya dalam menarik lebih ramai pelanggan dan secara tidak langsung mampu meningkatkan jumlah pendapatan.

Premis yang gagal mematuhi standard Program Menu Rakyat 1Malaysia akan dibatalkan penyertaannya.