Senarai Peserta Raja Lawak Musim Ke-6

Senarai Peserta Raja Lawak Musim Ke-6

Gelanggang Raja Lawak musim ke-6 akan mula bersiaran pada 13 Januari 2012, setiap hari Jumaat, jam 10 malam, saluran Astro Warna (132).

Ianya bersiaran secara langsung dari studio 1, Astro Bukit Jalil.

Raja Lawak musim ke-6 bakal menyaksikan 11 kumpulan dan seorang peserta solo yang terpilih dari ujibakat yang telah dijalankan sebelum ini.

Mereka yang terbaik telah di kenal pasti terdiri daripada :-

  1. Kumpulan Zero,
  2. Kumpulan Skema,
  3. Kumpulan Cuit,
  4. Kumpulan 2YOL,
  5. Kumpulan Gman,
  6. Kumpulan Albob,
  7. Kumpulan Shiro,
  8. Kumpulan Riki,
  9. Kumpulan Selak,
  10. Kumpulan Ketupat,
  11. Kumpulan King
  12. Kodan (peserta solo).

Sebagai pembuka tirai,

Para penonton bakal di hadapkan dulu sedutan-sedutan dari sesi ujibakat melalui program Al-Kisah Raja Lawak sebanyak dua episod pada 11 & 12 Januari depan (Rabu & Khamis), jam 9 malam.

Raja Lawak kali ini dihoskan oleh Johan & Zizan.