Servis Percuma Perodua Kepada Mangsa Banjir

Servis Percuma Perodua Kepada Mangsa Banjir

Perodua menawarkan perkhidmatan percuma kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir di Selangor, Terengganu dan Kelantan.

Ianya termasuk perkhidmatan menunda kereta, diskaun ke atas alat ganti terpilih serta pemeriksaan percuma bagi menentukan jumlah kerosakan ke atas kenderaan masing-masing.

Perodua menawarkan perkhidmatan menunda percuma sehingga maksimum RM100 ke pusat servis terdekat Perodua.

Buat masa sekarang, Perodua mempunyai 171 pusat servis di seluruh negara.

Perodua juga ada menawarkan 20 peratus diskaun ke atas alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak akibat banjir.

Alat ganti terbabit termasuk semua barangan elektronik, karpet, tempat duduk kenderaan serta baik pulih gasket enjin.

Pelanggan Perodua yang kenderaan mereka rosak semasa banjir baru-baru ini digalakkan memanggil talian pelanggan bebas tol Perodua di 1800-88-6600 untuk bantuan.