Sinopsis Filem – Papa, I Love U

Sinopsis Filem – Papa, I Love U

Filem “Papa, I Love U” akan berada di pawagam pada 29 Disember 2011.

Ianya mengungkap kasih seorang bapa. Bukan sorang, tetapi kisah berbeza dari 2 orang bapa terhadap anaknya.

Lakonan mantap dari adik Mia Sara dan juga Lisa Surihani.Adalah ianya mampu memberi kesan mendalam terhadap penonton seperti yang pernah mereka lakukan dalam filem “Sekali Lagi”?

Sipnosis

Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia.

Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula?

Trailer Filem Papa, I Love U

Pra-Tonton dan Press Conference filem ini pada 27-12-2011 di MBO, Subang Perade. Di mana pihak Muka Depan akan hadir sama.

Nantikan review lengkap dari pihak kami.