Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) telah dilancarkan pada 12 Januari 2012 bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah menjana pendapatan keluarga.

Skim ini khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan mempunyai ciri-ciri kelainan yang menarik.

Ia juga merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.

Hadnya ialah RM5,000,

Dan anda boleh membelinya bermula 30 Januari ini melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.

Daripada pelaburan ini,

Anda mungkin akan menikmati pendapatan RM134 sebulan.

Manakala yang membuat pinjaman, anda hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan.