Skim Insurans Kesihatan Sosial Akan Diteliti Oleh Kementerian Kesihatan

Skim Insurans Kesihatan Sosial Akan Diteliti Oleh Kementerian Kesihatan

Kementerian Kesihatan sedang meneliti rancangan untuk mewujudkan Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) dalam usaha memastikan pesara swasta dilindungi daripada sebarang risiko menghidapi penyakit kronik.

Skim yang berasaskan perkongsian kos dan risiko yang adil itu memberi peluang kepada semua golongan masyarakat untuk saling membantu tanpa mengira peringkat umur, termasuk mereka yang menghidap penyakit kronik.

Melalui skim ini,

Pesara boleh mendapat rawatan di klinik dan hospital sama ada di sektor swasta mahupun kerajaan.

Ia adalah sebagai langkah kerajaan dalam memastikan pesara swasta dilindungi dengan skim insurans kesihatan memandangkan kos perubatan dan rawatan semakin meningkat di samping risiko mendapat penyakit kronik pada usia persaraan.