Skuad Bola Sepak Malaysia Ditangga 148 Dunia 2011

Skuad Bola Sepak Malaysia Ditangga 148 Dunia 2011

Dalam senarai terbaru FIFA,

Skuad bola sepak negara mengakhiri musim 2011 di kedudukan ke-148 iaitu naik tujuh anak tangga berbanding bulan lepas.

Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil daripada beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepanjang tahun 2011.

Ianya turut dibantu dengan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November lalu selain pencapaian cemerlang pada aksi kelayakan Olimpik 2012.

Berdasarkan ranking terbaharu FIFA yang dikeluarkan semalam,

Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas mencatat beberapa kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang mereka harungi sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada bulan Mac lepas iaitu di tangga ke-138.

Kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada tahun 1993.

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lepas.