Slot Akasia Dejavu Di Kinabalu

Slot Akasia Dejavu Di Kinabalu

Setelah Slot Akasia Seindah Sakura sampai ke episod akhir,mulai 18 Jun 2012,Slot Akasia Dejavu Di Kinabalu menemui penonton di TV3.Dejavu Di Kinabalu (Slot Akasia TV3) Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, Deejavu Di Kinabalu membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha, Tiz Zaqyah, Nazim Othman, Aishah Ilias, Meor Ariff, Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam dan lain-lain.

Sinopsis Dejavu Di Kinabalu

Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya.

Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia di pertemukan dengan Nadira.

Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya. Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya.

Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia.

Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah? Sama-samalah kita tunggu jawapannya yang akan terurai dalam drama 26 episod yang akan menemui para penonton mulai 18 Jun 2012.

Sumber : Facebook Dejavu Di Kinabalu (Slot Akasia TV3)