Slot Akasia Seindah Sakura

Slot Akasia Seindah Sakura

Setelah Slot Akasia Cinta Buat Emelda sampai ke episod akhir,Seindah Sakura mula menemui penonton pada 7 Mei 2012 dan boleh disaksikan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam sebanyak 24 episod.Drama Seindah Sakura di adaptasi dari Novel Seindah Sakura karya Liza Zahira.Slot Akasia Seindah Sakura Tv3 ini merupakan arahan Zul Huzaimy Marzuki dan Terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd.Manakala Mohd Ruslan Osman dan Tengku Noraishah Tengku Hj Ab Aziz selaku penerbit.

Drama Slot Akasia Seindah Sakura Tv3 menampilkan Fahrin Ahmad sebagai seorang cikgu manakala Fasha Sandha memegang watak seorang murid miskin dan bermasalah di sekolah.Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan ramai lagi pelakon hebat. Drama Seindah Sakura menjalani pengambaran sekitar Kuantan Pahang dan Kota Paris.

Sinopsis Seindah Sakura

Seindah Sakura mengisahkan Shakira seorang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah .Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.

Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya..

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah
menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.

Ketegasan Airil telah mencampakkan Syakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Syakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.