Suruhanjaya Pilihan Raya Uji Dakwat Kekal

Suruhanjaya Pilihan Raya Uji Dakwat Kekal

Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Pilihan Raya (PSC) telah menguji penggunaan dakwat kekal.

Mereka juga menyaksikan demonstrasi susun atur tempat mengundi yang baru diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jawatankuasa telah berpuas hati dengan beberapa pindaan dilakukan SPR

Dalam masa yang sama, gembira apabila tujuh daripada 10 usul penambahbaikan proses pilihan raya dicadangkan mereka sudah diterima SPR.

SPR memaklumkan kepada PSC bahawa peraturan penggunaan dakwat kekal, buku tata cara serta keputusan Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa berhubungnya akan diumum dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 2012.

SPR dalam proses menyiap buku tata cara penggunaan dakwat kekal supaya ia seragam di seluruh negara, selain menunggu keputusan Jabatan Kimia serta kelulusan Majlis Fatwa berhubung jenis dan kandungan dakwat.

Segala keputusan akan dibentangkan di Parlimen pada 1 Februari 2012 sebelum dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, SPR hanya akan menentukan warna (dakwat) yang bakal digunakan sehari sebelum pilihan raya umum diadakan

Dr Hatta berkata, demonstrasi SPR menunjukkan kesungguhan suruhanjaya itu untuk melakukan penambahbaikkan terhadap proses pilihan raya di negara ini.