Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1Malaysia Dilonggarkan

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1Malaysia Dilonggarkan

Syarat kelayakan permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1Malaysia dilonggarkan daripada pendapatan maksimum seisi rumah RM1,500 dinaikkan kepada RM3,000 bermula 1 Mac depan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas melancarkan model rumah baru RMR 1Malaysia menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Kampung Padang Kerbau, Melaka.

Beliau berkata,

RMR juga kini dikenali sebagai RMR 1Malaysia bagi membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuni.

Semua RMR 1Malaysia akan dibina menggunakan teknologi IBS dengan keluasan binaan lebih besar tanpa membabitkan sebarang penambahan kos kepada pemohon.

Semua borang permohonan RMR 1Malaysia boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat secara dalam talian bagi memudahkan pemohon mengisi borang dan mengetahui status permohonan.

Beliau turut menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada SPNB bagi membina 10,000 unit RMR 1Malaysia sepanjang tahun ini.