Tahun Baru Cina – Pemeriksaan Percuma di PUSPAKOM

Tahun Baru Cina – Pemeriksaan Percuma di PUSPAKOM

Sempena Tahun Baru Cina ini,

Kepada anda selaku pemilik kereta persendirian. Anda berpeluang menjalani pemeriksaan kenderaan percuma di semua cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara bermula pada 16 Januari sehingga 20 Januari 2012.

Ini merupakan salah satu inisiatif Puspakom bagi memastikan keselamatan sesebuah kenderaan sempena cuti perayaan.

Pemeriksa­an percuma ini merangkumi identiti, ketelusan cermin, brek, gelincir sisi dan pemeriksaan kesemua bahagian bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan optimum.

Puspakom menawarkan kepakaran bagi memastikan kenderaan persendirian anda selamat dan layak dipandu semasa musim perayaan.

Untuk mendapatkan informasi lanjut berkenaan mengenai pemeriksaan percuma ini sila hubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my.