Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2013

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyatakan bahawa Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah iaitu esok.Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.”Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen,”

lihat anak bulan

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi

berikut:

– Pontian Kecil, Johor;

– Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

– Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;

– Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;

– Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;

– Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

Lokasi lain ialah:

– Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;

– Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

– Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;

– Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;

– Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;

– Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;

– Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;

– Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;

– Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;

– Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;

– Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;

– Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;

– Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;

– Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;

– Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;

– Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;

– Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;

– Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;

– Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;

– Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;

– Menara Kuala Lumpur;

– Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan

– Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis