Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011

Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011

Untuk pengetahuan semua,

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011 (Khamis).

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi.

Dan mulai tahun ini,

Kementerian Pelajaran memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.