Teater 1 Plastik Hitam Di Dewan Bahasa Pustaka

Teater 1 Plastik Hitam Di Dewan Bahasa Pustaka

Kepada peminat teater picisian,

Setelah kejayaan pementasan teater Juta Juta dan teater Juta Juta Ke Putrajaya, MASK Team kini kembali dengan naskah bertajuk 1 Plastik Hitam.

Ianya akan dipentaskan pada 7 hingga 11 Disember 2011 di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teater ini dipersembahkan dalam konsep ‘reality show’ di dalam rancangan RUPA – Bukan Sekadar Bakat. ianya setanding dengan konsep rancangan realiti yang lain seperti Akademi Fantasia, Mentor, Anak Wayang dan Pilih Kasih.

Pelakon-pelakon akan menjadi peserta yang akan bertanding untuk kekal ke minggu seterusnya sementara penonton akan mengundi peserta yang akan tersingkir dari meneruskan perjuangan ke pementasan seterusnya.

Teater ini berdurasi 1 jam 15 minit membariskan 5 anak muda berpengalaman seperti Karl Shafek, Ameera Ramli, Fasyali Fadzly, Anas Ridzuan dan Fazleena Hishamuddin.

Pas masuk boleh didapati dengan harga RM20 pada hari persembahan dan juga boleh ditempah dengan menghubungi En. Hilal Azmi di talian 019 357 2093.

Makluman lanjut boleh didapati di laman Facebook 1 Plastik Hitam atau di Twitter dengan carian hashtag #1PlastikHitam.

Jom layan video promo disebalik takbir teater ini.

Jangan lupa untuk tinggalkan komen atau kongsikan artikel ini tanda sokongan anda