Tempah Pizza Melalui Aplikasi iPhone

Tempah Pizza Melalui Aplikasi iPhone

DOMINO’S Pizza Malaysia melancarkan aplikasi iPhone pertama di pasaran tempatan bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan hanya di hujung jari pada bila-bila masa walau di mana berada.

Menerusi aplikasi mudah alih ini, pelanggan boleh membuat tempahan, mencari cawangan Domino’s paling hampir dan memeriksa status tempahan piza dari iPhones, iPad atau iPod Touch.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Domino’s Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-Ting berkata, sebagai peneraju global dalam perkhidmatan penghantaran piza, Domino’s sentiasa ingin menyediakan pengalaman terbaik di samping memberi kepuasan kepada pelanggannya.

Pada bulan pertama selepas pelancarannya ini, pengguna iPhone yang pertama kali menggunakan aplikasi Domino’s akan menerima kupon percuma pencuci mulut Sticky Caramel yang boleh ditebus pada pembelian kedua yang juga dibuat melalui aplikasi sama.

Setiap pelanggan ke-100 juga akan menikmati kupon piza percuma pada pembelian kedua.

Semua tawaran seperti piza, baucar, kupon, dan promosi boleh didapati menerusi aplikasi iPhone, sah sehingga 11 Februari ini.