Tsunami Kecil – Fenomena Air Pasang Besar Di Kelantan

Tsunami Kecil – Fenomena Air Pasang Besar Di Kelantan

Penduduk sepanjang pesisir pantai Bachok, Kelantan mula panik apabila kawasan tempat tinggal mereka dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu.

Jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh dipukul ombak besar akibat dari kesan fenomena ini.

Fenomena luar biasa ini turut diibarat sebagai ‘tsunami kecil’ oleh penduduk tempatan.

Kejadian air pasang besar di pantai itu mula dikesan sejak minggu lalu sebelum bertukar menjadi lebih buruk kelmarin.

Situasi di kawasan ini juga dilihat tidak selamat dan ramai menjangkakan ribut dan angin kencang serta air pasang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.

Penduduk kampung di Bachok membuat benteng pasir bagi membendung hakisan pada bangunan chalet di Kampung Pantai Chat.

Enam buah chalet yang dibina di tepian pantai terjejas akibat hakisan ombak – foto BERNAMA