Tuanku Abdul Halim – Yang di-Pertuan Agong ke-14

Tuanku Abdul Halim – Yang di-Pertuan Agong ke-14

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama pada 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa baginda berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim,

Dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa hari ini.

Ini bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 12 Disember 2011.