Tun Dr Mahathir Mohamad Tulis Semula The Malay Dilemma

Tun Dr Mahathir Mohamad Tulis Semula The Malay Dilemma

Tun Dr Mahathir Mohamad akan menulis semula buku The Malay Dilemma karyanya yang menganalisis sejarah dan politik orang Melayu sehingga mengundang kontroversi.

Ini mengakibatkan ia diharamkan sebaik diterbitkan pada tahun 1970.

Banyak perkara sudah berubah dan mungkin ada perkara yang ditulis dalam Malay Dilemma sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

Versi baru buku berkenaan akan memuatkan pandangan yang lebih relevan dengan situasi semasa.

Buku ini dianggap mengkritik masyarakat Melayu secara keterlaluan waktu ketika itu. Ia turut diterjemahkan ke bahasa Melayu, Dilema Melayu, ditulis sebaik saja Dr Mahathir tewas dalam Pilihan Raya Umum 1969.

Ini turut mengakibatkan beliau dipecat daripada UMNO dan pengharamannya ditarik balik sebaik beliau dilantik Perdana Menteri pada 1981.

Dr Mahathir mengesahkan penghasilan versi baru The Malay Dilemma akan mengambil masa berdasarkan pengalamannya menghasilkan A Doctor in The House yang memakan masa selama lapan tahun,

Dalam masa yang sama ianya akan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Mandarin.