TV Al-Hijrah Mula Bersiaran Jam 6 Pagi

TV Al-Hijrah Mula Bersiaran Jam 6 Pagi

Mulai 1 Januari 2012,

TV Al-Hijrah akan mula bersiaran seawal 6 pagi dengan penambahan jumlah waktu siaran dari 12 jam sehari kepada 18 jam sehari.

Ini bermakna siaran TV Al-Hijrah boleh anda tonton mulai jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Penambahan siaran ini sebagai memenuhi permintaan penonton yang mula mengikuti program TV Al-Hijrah sejak dilancarkan setahun lalu.

Beberapa rancangan juga diubah siaran kepada waktu perdana bagi memberi peluang kepada lebih ramai penonton mengikuti setiap rancangan bersama keluarga.

Antara perubahan jadual rancangan yang diatur ialah:-

  1. 30 Minit Ustaz Dom bermula jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis,
  2. Program bual bicara ‘Bicara’ ditukar siaran kepada setiap Isnin bermula jam 9 malam.
  3. Siaran drama tempatan akan disiarkan setiap Selasa hingga Khamis pada jam 8.30 hingga 9.30 malam.
  4. Khidmat Syariah Musim Ke-3 bersama Wan Kamaruddin yang bermula 6 Januari ditambah waktu siaran kepada satu jam setiap Jumaat.

Moga apa yang disiarkan pada saluran TV Al-Hijrah memberi manfaat kepada semua.