Wang Kertas Baru Sudah Boleh Digunakan

Wang Kertas Baru Sudah Boleh Digunakan


Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengedarkan wang kertas baru semalam yang sah diperlakukan dan diedarkan bersama wang kertas sedia ada.

Wang kertas baru itu terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta bertemakan keunikan Malaysia dengan ciri budaya dan warisan keindahan alam semula jadi negara.

Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan baru serta sesuai untuk golongan kurang upaya penglihatan di mana ia menggunakan ciri khusus pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi berlainan.