Warga Paling Tua Di Perlis

Warga Paling Tua Di Perlis

Baru-baru ini kita digemparkan apabila seorang warga emas mempunyai MyKad yang menyatakan beliau berumur 15 tahun.

Sedangkan usia sebenarnya adalah 115 tahun.

Itulah usia sebenar warga emas Puan binti Ahmad, yang bacaan tarikh lahir pada MyKadnya menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996.

Beliau yang mempunyai MyKad bernombor 960412-02-0058* itu dilahirkan pada 1896 dan disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Disebabkan beliau lahir pada 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996.

Rasanya sistem menetapkan no MyKad perlu dipertingkatkan walaupun kenyataan agak kurang manusia dapat hidup sehingga umur 100 tahun di masa akan datang.