Perkhidmatan Bas Ke Legoland Bermula 15 September 2012

Perkhidmatan Bas Ke Legoland Bermula 15 September 2012

Legoland Malaysia di Iskandar Malaysia tidak lama lagi boleh diakses melalui perkhidmatan bas langsung mulai 15 September bersempena pembukaan rasmi taman itu pada hari yang sama. Perkhidmatan bas harian akan beroperasi dari cawangan Johor Bharu, Larkin, Gelang Patah Sentral dan Johor Premium oleh Konsortium Transnasional Bhd. Setiap perjalanan dikenakan bayaran RM12.

Harga Minima Rokok RM7 Sekotak Mulai 1 September

Harga Minima Rokok RM7 Sekotak Mulai 1 September

Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok. Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok...

Wang Kertas Baru Sudah Boleh Digunakan

Wang Kertas Baru Sudah Boleh Digunakan

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengedarkan wang kertas baru semalam yang sah diperlakukan dan diedarkan bersama wang kertas sedia ada. Wang kertas baru itu terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta bertemakan keunikan Malaysia dengan ciri budaya dan warisan keindahan alam semula jadi negara. Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan...

Kerajaan Selangor Ambil Alih Syabas

Kerajaan Selangor Ambil Alih Syabas

Kerajaan Selangor memutuskan untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh 14 hari selepas didakwa tidak mampu memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna. Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan menghantar surat memohon persetujuan...

Gerhana Matahari Cincin 20 Mei Di Malaysia

Gerhana Matahari Cincin 20 Mei Di Malaysia

Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439. Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak. Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

RM900 Kadar Gaji Minimum

RM900 Kadar Gaji Minimum

Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam) manakala bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Gaji minimum itu meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Tarikh...

Proton Preve Terima Tempahan Melebihi 2,800 Unit

Proton Preve Terima Tempahan Melebihi 2,800 Unit

Proton Holdings Bhd. (Proton) telah menerima lebih daripada 2,800 tempahan untuk kereta global pertama yang baru dilancarkan mereka iaitu Proton Prevé. Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton juga akan mula memasarkan Proton Prevé di Indonesia dan Thailand menjelang pertengahan tahun ini.

Thumbnail Placeholder

Proton Sasar 1,000 tempahan P3-21A

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd menjangkakan menerima kira-kira 1,000 tempahan untuk model baharu yang ditunggu-tunggu selama ini iaitu model P3-21A Ianya akan dilancarkan pada acara Power of 1 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil dari 14 – 18 Mac 2012. Tempahan untuk kereta ini bermula 14 Mac di seluruh negara

Permohonan Biasiswa Jepun Kini Dibuka

Permohonan Biasiswa Jepun Kini Dibuka

Permohonan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan Jepun bagi rakyat Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama dan pascaijazah sesi akademik 2013 di Jepun, kini dibuka. Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan di sini, berkata biasiswa Monbukagakusho untuk ijazah pertama itu terbuka kepada lepasan :- Sijil Pelajaran Malaysia atau O-Level dengan sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan rasmi...

Setem Artartika Dari Pos Malaysia

Setem Artartika Dari Pos Malaysia

Setem Antartika. Kakitangan Pos Malaysia, Isma Marlina Mohd Ismail menunjukkan koleksi setem pada sidang akhbar di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur. Pos Malaysia mengeluarkan koleksi setem kenang-kenangan bertemakan “Program Penyelidikan Antartika Malaysia (MARP)” dengan usaha sama Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bermula pada 8 Mac ini.