Hafizh Syahrin Dari MotoGP Kembali Ke Moto2 Bersama Angel Nieto

Hafizh Syahrin Dari MotoGP Kembali Ke Moto2 Bersama Angel Nieto

Hafizh Syahrin
Segala persoalan telah terjawab.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah sah kembali beraksi di saingan Moto2 musim depan bersama pasukan Angel Nieto.

Beliau akan bergandingan bersama pelumba Sepanyol, Aron Canet pada musim depan.

Sebelum ini, beliau pernah beraksi di saingan Moto2 bermula musim penuh 2014 dengan pencapaian terbaiknya berada di kelompok 10 terbaik pada musim 2016 dan 2017.

Beliau kemudian beraksi dalam kelas perdana, MotoGP bersama Monster Yamaha Tech 3 pada tahun lalu sebelum bersama Red Bull KTM Tech 3 musim ini tetapi kontraknya tidak disambung musim depan.

Sumber : HMetro.

Kekal Dalam MotoGP @ Kembali ke Moto2

Sebelum ini, Hafizh Syahrin mengakui masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perjalanan kariernya selepas gagal mempamerkan aksi terbaik pada musim ini.

Jelas Hafizh, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, sama ada dia akan kekal beraksi di kelas MotoGP atau pun kembali beraksi di saingan Moto2.

Bagaimanapun beliau tidak berdepan masalah sekiranya kembali beraksi di Moto2 andai benar tiada tempat di saingan MotoGP musim depan.

“Tak salah kalau sekiranya saya kembali ke Moto2 dan mencari semula momentum. Mungkin daripada langkah itu, saya akan meraih keputusan yang baik dan kemudian dapat kembali semula ke MotoGP bersama pasukan yang mempunyai pakej lebih baik,”

Trivia Hafizh Syahrin Kembali Ke Moto2

  • Pemilik Tech 3, Herve Poncharal tawar Hafizh bersaing bersama pasukan Tech 3 di saingan Moto2 musim depan selepas kontraknya bersama Red Bull KTM Tech 3 di kelas MotoGP berakhir hujung tahun ini
  • PETRONAS SRT tidak berminat untuk mendapatkan khidmat Hafizh di saingan Moto2 musim depan.
  • Tempat Hafizh di Red Bull KTM Tech 3 akan digantikan oleh juara dunia 2016, Brad Binder dari Afrika Selatan.
  • Ada kemungkinan untuk Hafizh (Syahrin Abdulah) ke ONEXOX TKKR SAG Team di saingan Moto2.